I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 10 September 2013

kita sebatang pensel >)



 Seorang lelaki merenung pensel yang baru dibuatnya. Cantik,lebih 
cantik,lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa. Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke dalam kotak,lelaki berkenaan berkata “ Ada lima perkara yang perlu engkau ketahui sebelum kumasukkan kau ke dalam dunia barumu ini. Engkau perlu ingat semua perkara itu supaya engkau menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa.”

“Pertama:” kata si pembuat pense, “kau boleh menulis banyak perkara hebat, tapi ini hanya berlaku jika engkau benarkan dirimu dipegang oleh seseorang. Kedua: Kau akan alami kesakitan semasa matamu ditajamkan, tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang lebih baik.
“Ketiga: Kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang telag dilakukan. Keempat,benda yang paling berharga padamu berada di tubuhmu. Dan kelima, tidak kira di atas permukaan apa-apa kau digunakan,kau mesti tinggalkan bekasmu. Walau dalam keadaan apa sekalipun,engkau mesti terus menulis.”

Pensil memahami kata-kata pembuatnya. Ia berjanji akan menggalas tugasnya seperti diamanahkan. Lalu dia pun dimasukkan ke dalam bekasnya.
Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita. Ingat kelima-kelima perkara penting itu dan kita akan menjadi manusia yang hebat,dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam genggaman Ilahi. Dalam masa  yang sama,izinkan manusia lain memandu kita mencapai impian hidup dan melakukan yang terbaik.

Kedua; kita akan menderita bila ‘ditajamkan’ dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan. Biarpun sakit,tapi kita amat memerlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi manusia yang cekal,gigih serta berfikiran tajam.


Ketiga ; kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Keempat bahagian yang paling berharga pada diri kita berada di dalam tubuh. Kelima, dan yang paling penting,tidak kira atas permukaan apa-apa kita melangkah,kita mesti meninggalkan bekas. Tidak kira bagaimana situasi melanda,terus laksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang dan baik sekali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...