I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 10 September 2013

contacts

   ORANG SEKARANG TAK BOLEH HIDUP TANPA HENPON.
 KALAU TERTINGGAL HENPON SANGGUP PATAH BALIK
            AMBIL.MASALAHNYA KALAU TAK SOLAT TAK PULAK GABRA.
                                                       KORANG TAKDE NAK CONTACT DIA.HELLOOO!!!!!!!
                                                       HEL-OOOO!!!!GO-TO-HELL-LO!!!!
BATERI low

Mungkin masalah kita bateri low gamaknya.Berapa kali korang cas diri korang?Berapa kali korang pergi jemaah kat masjid atau surau,dengar ceramah.seminggu sekali pergi jumaat pun bukan nak dengar khutbah.Tengok muka pun tau takde bateri,lentok semacam aje.

NO COVERAGE

Mana tempat DIA tak cover?Kalah makhluk buncit warna kuning  tu.Patutnya tak kira korang kat mana,kat atas bulan sekalipun.Dia gerenti ada service punya.korang aje tak ingat kat DIA walhal DIA tak pernah lupa korang.korang yang jual mahal.Hot spot pun bersepah-sepah,masjid atau surau tiap taman perumahan ada,korang aje tak nak singgah.sombong betul.

MISSED CALL

Korang kalau ada miss call gerenti korang call balik.korang risau kalau tak call balik kot-kot ada hal penting.tapi kenapa DIA call korang buat derk aje.lima kali sehaRi pak bilal melaungkan ‘ringtone’azan sehari.usahkan nak jawab,kalau boleh taruk ‘silent’korang dah buat dah.

LINE TAK CLEAR

Korang perasan tak dalam solat korang bercakAP dengan siapa?kalau borak dalam henpon sorang-sorang,orang tak kata apa sebab tau kat belah satu lagi ada yang jawab .ni kita yang solat tapi cakap sorang-sorang,pastu tak berapa faham apa yang dicakap,maklum le bahasa Arab.Dia tengok pun pelik gamaknya.

SIM CARD PROBLEM

Kita pun ada sim card brader,hati kita le.contact number Dia kita save dalam sim card tapi tak reti-reti nak call.kalau call pun tak dapat ,nak buat cemana sim card dah berkarat,berdaki,penuh dengan contact number dunia,setan,nafsu dan tahapehapentah.tak nak upgrade,tak nak repair.sudahnya kita lost contact,sesat sepanjang hayat.kalau henpon hukumnya campak kat lombong,kalau kitA?CAMPAK DALAM NERAKA LA JAWABNYA.LU FIKIR LA SENDIRI..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...