Seorang lelaki merenung pensel yang
baru dibuatnya. Cantik,lebih
cantik,lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya
berbanding biasa. Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke dalam
kotak,lelaki berkenaan berkata “ Ada lima perkara yang perlu engkau ketahui
sebelum kumasukkan kau ke dalam dunia barumu ini. Engkau perlu ingat semua
perkara itu supaya engkau menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa.”
“Pertama:” kata si pembuat pense,
“kau boleh menulis banyak perkara hebat, tapi ini hanya berlaku jika engkau
benarkan dirimu dipegang oleh seseorang. Kedua: Kau akan alami kesakitan semasa
matamu ditajamkan, tapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel
yang lebih baik.
“Ketiga: Kau boleh membetulkan
kesilapan-kesilapan yang telag dilakukan. Keempat,benda yang paling berharga
padamu berada di tubuhmu. Dan kelima, tidak kira di atas permukaan apa-apa kau
digunakan,kau mesti tinggalkan bekasmu. Walau dalam keadaan apa
sekalipun,engkau mesti terus menulis.”
Pensil memahami kata-kata pembuatnya.
Ia berjanji akan menggalas tugasnya seperti diamanahkan. Lalu dia pun
dimasukkan ke dalam bekasnya.
Cuba gantikan pensel itu dengan diri
kita. Ingat kelima-kelima perkara penting itu dan kita akan menjadi manusia
yang hebat,dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam
genggaman Ilahi. Dalam masa yang
sama,izinkan manusia lain memandu kita mencapai impian hidup dan melakukan yang
terbaik.
Kedua; kita akan menderita bila
‘ditajamkan’ dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan.
Biarpun sakit,tapi kita amat memerlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi
manusia yang cekal,gigih serta berfikiran tajam.
Ketiga ; kita boleh membetulkan
kesilapan yang telah dilakukan. Keempat bahagian yang paling berharga pada diri
kita berada di dalam tubuh. Kelima, dan yang paling penting,tidak kira atas
permukaan apa-apa kita melangkah,kita mesti meninggalkan bekas. Tidak kira
bagaimana situasi melanda,terus laksanakan tugas yang diamanahkan dengan
cemerlang dan baik sekali.